Yeay! Nokia Legend N82 Aku Dijadikan Webcam!

Aku guna PC. Tiga sem dah aku bawa PC aku ke UniMAP. Laptop legend aku tinggalkan kat rumah, bagi kat adik-adik. PC semua perfect, kecuali satu je masalah iaitu kalau tetiba nak berwebcam, tiada Webcam. Yelah, kadang-kadang dengan kawan-kawan lama. Lama tak jumpa, nak juga tengok muka camna. Haha.

Nak beli external wc,rugi pula rasa. Sebab bukan digunakan selalu pun. So saya carilah alternatif menjadikan henpon berkamera sebagai wc. At last jumpa gak.

412_Mobiola

Nama software tersebut ialah Mobiola. Ikutkan software ini berbayar untuk full license. tetapi stndard la, guna yang versi cracked. Mana nak cari, tryla guna kekuasaan Google. Hehe.

Berikut ialah testing.  Yang penting anda perlu intsall perisian Mobiola dalam HP dan ke komputer. connection boleh guna USB cable (in my case), atau bluetooh atau wireless.

wbcam1

Aku capture monitor aku sendiri guna webcam+hpN82.  (wallpaper Diablo3-release 15/5/2012 ni..hoho..lama aku tunggu )

webcam2

Test capture muka sendiri.

#Future work,nak try jadikan DSLR HD webcam, wakaka

So You Are Medical Doctor?

Terbang di awan!

Hi..long time not write here. Petua nak start menulis balik senang ja. Tulis ja apa-apa pun. Well sekarang baru start sem terakhir aku di UniMAP. Tak lama lagi nak habis belajar tapi aku rasa tak ready lagi nak kerja sebagai engineer.huhu.

Entri yang aku nak tulis kali ini ialah tentang sedikit pengalaman aku sewaktu nak balik UniMAP, beberapa hari lepas. Pengalaman tunggu 7 jam di LCCT dan berbual dengan orang asing warga Uzbekistan. Here is simple story about that experience.

Selalu dan mindset penduduk negara ini mengatakan bahawa kalau tak reti, tak fasih berbahasa English dilihat sebagai ‘kurang pandai’. Pelik kan mindset camtu?

Perbualan dengan 2 orang warga negara Uzbekistan bermula apabila meraka menanyakan waktu/jam pada saya. Setiap setengah jam mereka asyik tanya waktu kepada saya dan kelihatan resah dan berulang kali telefon menggunakan public phone yang ada di situ ( di hadapan kerusi tempat saya duduk).

Akhirnya setelah beberapa lama, 2 orang warga negara Uzbekistan mula berani bertanya sesuatu kepada saya. Aku yang tengah bosan menunggu layan sahajalah pertanyaan mereka. Seriously , aku payah nak faham apa yang mereka cakap. Terpaksa bercakap menggunakan bahasa english yang mudah. At last aku boleh gak faham kenapa meraka kelihatan resah.

Mereka perlukan VISA untuk meneruskan perjalanan mereka yang setarusnya iaitu ke Myanmar. Jadi meraka tanya jika aku boleh tolong meraka untuk dapatkan VISA. Sekurang-kurangnya bantu dapatkan ,hubungi kedutaan Myanmar. Dengan pertanyaan sebegitu, of course lah saya tak tahu. Perbualan semakin rancak, aku mula bertanya tentang kenapa datang Malaysia kenapa nak pergi Myanmar. Rupa-rupanya meraka berdua tengah dalam perjalanan untuk Misi Kemanusian yang dinamakan sebagai Operation Smile   di Myanmar.

OMG! Rupa-rupanya aku tengah berbual dengan doctor perubatan. Fikiran aku terus penuh persoalan, jika betul mereka doctor kenapa meraka tak boleh bercakap BI dengan baik. Semacam tahu persoalan dalam otak aku. Mereka pun ceritalah bahawa mereka belajar medikal dalam bahasa Russia. Jadi meraka kena belajar balik English, siapa bawa kamus tue. Kalau orang Malaysia sorry lah nak buat camtu..

Akhir sekali aku tolong jadi jurubahasa dan telefon organizer untuk  Operation Smile. Dengan percakapan BI yang agak KO, aku pun terangkan keadaan dua doctor yang terkandas di LCCT dan perlukan VISA kepada  si organizer Operation Smile. Organizer itu pun terangkan bahawa dia akan hantar email untuk selesaikan masalah VISA dan langkah yang kena ambil seterusnya.

Masa untuk Check-In flight aku ke Alor Star dah pada waktunya. Dua orang doctor itu semacam masih lagi perlukan bantuan. Tapi aku kena juga tinggalkan mereka. Dalam hati aku kata, semoga berjaya mereka berdua setel masalah VISA dan sertai Operation Smile. Feel happy because boleh tolong orang..

Itu sahajalah ceritanya- that night terus sampai UniMAP dan start the last semester at UniMAp.

ps: Aku dulu dapat tawaran ke bidang medical tapi aku tolak.

Tahun 2012- Welcome

Dah 2012 rupanya. Welcome tahun 2012. Tinggalkan tahun 2011 yang penuh suka dan duka. Ya saat aku berduka paling teruk. Aku tak tau apa azam aku untuk tahun baru. I hate to plan because semua tak akan pernah jadi 100% seperti yang dirancanng. Biar tejadi dengan sendiri. Baru mencabar dan penuh suspend. Hehe.

IMG_9292

Aku plan nak tukar HP burok aku ni. Dah 4 tahun berjasa kepada aku. Ikutkan aku tak berminat bab-bab henpon. Tapi tengok semua member guna Samsung, rasa nak beli henpon brand Samsung lah juga. Maybe Note or S2 (angan-angan).

Tak tau nak tulis apa lagi..bye..

Outing Photoshoot Pertama Kali

Pertama kali aku outing & shoot model. Seriously, best. Bukan sebab model comel & cantik k. Sebab dapat jumpa ramai  lagi photographer lain yang semuanya hebat-hebat. Talent pun semuanya hebat dan berbakat.  Selain itu dapat ronda Perlis, pertama kali ke kawasan Ladang Tebu Perlis dan menikmati keindahan alam. Seterusnya ke kawasan Gua Kelam, pertama kali juga aku ke sana sepanjang hampir 4 tahun duduk Perlis..hehe

Event kali ini dirancang agak lewat. Esok pagi nak pergi, malam itu agak kelam-kabut buat planning. Nak confirm siapa yang pergi,tema outing, transport and ect. Alhamdulillah, semua berjalan lancar..agak penat sebab tidur lewat & bangun awal..

Kebanyakan gambar aku ambil guna lens 50mm 1.8  (my favorite ) dan kit lens 18-55mm. Kit lens banyak membantu tau. Ketiadaan speedlite, dan tengok photog lain guna membuatkan aku rasa nak beli gak spedelite. hehe.

My skill & composition kena banyak lagi improve. Buat telent, kalau shoot aku tak cun sory weyh, I’m still noob.  ^_^

IMG_5306

IMG_5504

IMG_5885-2

Talent 1 : Ain Suriana  | Talent 2: Ezmaliza Ezrik  | Talent 3: Sara Eryna

Photographer : LuTfi Arshad,Muhammad Faiz,Rosnajihah Ahmad,Syariniey Amran,Eppy Syazwan,Suriati Suhaimi,Shafiq