Bertambah Koleksi Awek Saya – Tahun 2013

Seminggu dah memasuki tahun baru iaitu tahun 2013. For me, tahun 2013 masih lagi gelap kerana aku masih sama seperti tahun sebelumnya iaitu tahun 2012. Entri kali ni nak tulis tentang heaphones yang aku baru beli iaitu Razer Electra. Bertambahlah koleksi ‘awek’ aku..haha  Gambar seterusnya ialah contoh model menggayakan headphones ini. razer electra

Razer memang sinonim dengan para gamer..ok, pasal headphone, I can give 7/10. Apa yang perlu anda tahu ialah Razer Electra bukan gaming headset, tetapi lebih kepada music. Tetapi main game tetap Ohsem dengan sistem audio 2.1. Boleh terasa gegaran headphones ini, masuk ke dalam kepala. Earcup cukup besar dan selesa (walaupun pakai lama).

Aku beli yang versi hitam. Yang versi hijau diatas just iklan ja.haha

Razer Electra Black

Tahun 2012 Bakal Berakhir

Tahun 2012 nak habis dah. So, bagai saya tahun 2012 kurang sikit bestnya berbanding 2011. Sebabnya kurangnya perkara best yang berlaku pada tahun 2012. Btw, lama tak tulis blog ini.. yelah kan, blog personal, just nak conteng dan cakap secara cincai je kat sini.

Perkara yang paling ada dalam kepala aku sekrang ini ialah ‘kerja’. Saya tak tau bila saya akan kerja (makan gaji). Kalau kerja sendiri, boleh lagi mampu sara hidup sendiri. Cuma yang tak bestnya, kena stay kat rumah saudara sebab rumah sediri tak ada line coverage 3G untuk buat kerja bisnes online.

Apa lagi ey… nothings..I will try tulis & update blog ini dari masa ke semasa dengan gaya paling malas.

Samsung Galaxy Note 2

[quote]Tengah fikir nak beli Samsung Note 2[/quote]

 

 

 

Journey To Sarawak Habis Belajar

Lama dah saya tak tulis dan update diari blog aku ni. FYI sekarang ini saya ialah penganggur tetap yang tengah tanam anggur di dunia perniagaan internet. Tak taulah jadi ke tak nannti. Sebab hati malas nak keja ‘engineeer’. Berikut ialah beberapa gambar semasa perjalanan pulang ke Sarawak selepas habis belajar di UniMAP.

IMG_7323

Gambar atas ialah barang-barang yang aku bawa semasa balik. FYI barang dalam kotak itu ialah komputer aku yang amat disayangi (sebab beli mahal). Nasib baiklah ada kawan iaitu Helmy hantar aku ke Airport Kedah. Kalau tak menangis aku nak bawa naik bas ke KL.

IMG_7324

Gambar atas ialah salah satu panorama biasa di LCCT.  Perlepasan ialah tempat anda nak cek-in barang-barang dan semua yang berkaitan. Pastikan perlepasan domestik. Jangan silap masuk ke International pula (Pernah terjadi ke diri sendiri, huahuahua)

IMG_7326

Tempat makan paling diminati di LCCT. Just kali ini malas nak makan McD. Sebab malas nak bawa barang yang banyak tu masuk dalam McD. Kalau ada member tolong jaga dan ‘cop’ tempat tak apa la.

IMG_7330

Dah naik ‘belon’ atau bahasa rasminya dalama bahasa Melayu ‘Kapal Terbang’. Aku duduk tepi tingkap dan kerusi paling belakang sekali. Bolehla curi-curi ambil gambar.

IMG_7336

High angle shoot. Betul-betul high! hehe. Nampak tak macam ular tu. Itulah Sungai Rajang, sungai terpanjang di Sarawak.

IMG_7339

Bandar Sibu dari atas. Terletak tepi sungai.

IMG_7342

Sampai dah Sibu. Sementara tunggu saudara-mara datang jemput minum dulu air 100plus. Hilangkan dahaga. Then jalan-jalan bandar Sibu sebelum balik rumah. Tamat

Photoshoot Taman Gua Cenderawasih 31 Mac 2012

Lama dah tak Photoshoot bersama Kelab Photography UniMAP. Kali ini merupakan kali pertama untuk semesta ini (Last sem untuk aku). Ramai photog datang hari tu, ada yang aku tak sempat nak kenal nama dah. Talent pula ada tiga, Zura, Chia dan Anies.Ikutkan ramai lagi talent, tapi disebabkan akan pertindihan dengan program lain, so mereka tak dapat join sekali.

Zura

Chia

Anies

Overall, aku paling suka dengan teknik strobis. Yelah kan, rugilah kalau tak manfaatkan speedlight dengan sepenuhnya. Hehe. Lagi satu, lepas ni aku rasa nak stick dengan format RAW sebab quality memang lebih terjaga. Kalau main format RAW, hard disc dan memory card kena tambah la.. hehe