Aku memang jenis nerveous. Tarikh semakin dekat, dan perasaan nerveous semakin menghantui diri aku. Antara symptom yang berlaku ialah aku tidak akan mampu tidur lena, pasti akan terjaga awal.

Semoga aku dapat buat yang terbaik pada tarikh yang tak sampai seminggu lagi. Ya Allah bagilah peluang untuk hambamu ini mengubah kehidupan ini.

Nervous

Sudah-sudahlah. Bangun dari dunia mimpi dalam diri sendiri. Kena mula sedar dan realistik dengan matlamat diri sendiri, masa depan diri sendiri dan nasib diri sendiri.

Banyak perkara hanya mampu diimpikan dan kini masih lagi dalam mimpi. Sedarkan dari mimpi ini. Semangat dan motivasi diri untuk bangun dari mimpi, bangun dari mimpi yang berulang-ulang dibezakan rangkaian masa.

Kuatkan semangat diri untuk bangun dari mimpi. Realistik terhadap diri, realistik terhadap matlamat diri, realisik terhadap kemampuan diri. Doakan aku bangun dari mimpi yang tiada penghujung berulang-ulang.

Hampir seminggu berada di rumah sendiri. Rumahku syurgaku. Namun begitu, apabila berada di rumah sendiri saya akan mempunyai masalah untuk akses internet. Saya hanya boleh dapat internet dengan kelajuan sekitar 20-60kbps dengan menggunakan rangkaian EDGE dari Celcom.

Penat nak tunggu provider telekomunikasi upgrade servis ke rangkaian 3G. Sudah tentu menjadi kegembiraan ultimate bagi saya jika kawasan rumah sendiri sudah ada rangkaian 3G. Buat bisnes online dari bilik sendiri! Oh! bestnya..

Hi.. ini blog peribadi saya aka Khirol Hazwan atau Wan untuk yang kenal rapat. Blog ini saya tulis ikut perasaan sahaja. Hari ni saya update blog saya jadi macam ni, sidebar tak ada, semua widget tak ada. Malas nak bagi semak rupa blog, aku buat versi minimalis tahap maksimum. Bukan ada yang nak baca pun.

Letak gambar adik aku atau nama panggilan popular Adeq.

Adeq Zahra
Adeq Zahra