Inilah dia pengangkutan utama sejak aku kecil sampai sekarang. Menghubungkan kampungku dengan bandar. Menjadi kenderaan pencarian sumber rezeki. Menjadi keunikan, pengalaman buat yang pertama kali menggunakan.

Tanpa tayar,brejalankan permukaan air. Enjinya yang boleh dipindah,diangkat dan disimpan dimana sahaja selamat. Sayangnya,belum mampu aku sendiri mengankatnya. Sebab didikan aku dari kecil, belajar tak perlu lagi buat semua itu. Belajar sampai tak perlu lagi,angkat-angkat enjin untuk mencari sumber rezeki.

Inilah kenderaan keluargaku. Tiada  kereta secantik apa jua model pilihan orang bandar. Orang kampung, beli kereta buat apa. Jalan raya belum dibina. Janji manis kerajaan hanya semakin manis bila pilihan raya. Beri itu beri ini, hasilnya, pilihan raya seterusnya baru akan ada.

Masih ku ingat, konvoi raya ialah waktu paling best. Semua sanak saudara, penduduk kampung beramai-ramai naik ‘kereta’ untuk ke bandar membeli belah. Hanya waktu itu sahaja akan beramai-ramai,bersama-sama naik perahu berenjin sangkut.

Balik kampung,balik dari kampung semuanya guna ‘kereta’ ini. Dulu tiada bumbung, mujurlah kini ada sudah yang jenis berbumbung yang mampu dibeli. Kuasa 40 kuda menjadi pilihan utama untuk penumpang ramai, 15 kuda untuk sedikit bilangan.

Kereta Air

* Ayah,Adik Kiteq,Adik Tikot,Adik Cham,Adik Azhar..

Siapa tak tahu udang itu apa? <—solan stupit!

Ceritanya camni..kalau saya makan di luar,selain rumah sendiri,kalau tengok lauk udang mesti nak makan je.

Tapi tengok jugalah udang tu camne,kalau nampak masih fresh,aku ambil ja buat lauk nasi. Kalau nampak mata,ekor dah hitam aku tau da udang tu dah lama & tak fresh aku memang sory la nak makan..

The fact is, kalau balik RUMAH di Kampung Sabena, kampung halaman aku langsung tak terniat nak makan udang.. sedangkan udang ada ja kat dalam peti ais, sebab kerja famili aku beli udang dari penduduk kampung untuk dijual balik di pasar..lagipun ayahku memang kerja tangkap ikan/udang pun..

Udang Galah

Cerita bab udang ni,udang paling best ialah Udang Galah Sepit Biru..yang bestnya Sepit Biru nya itu..kalau dibakar sedap gila..

Satu lagi yang aku suka ialah Udang Bakar, dibakar menggunakan dapur kayu..bagi aku lagi sedap berbanding dibakar atas api gas..tapi jarang nak tengok dapur kayu lagi zaman sekarang..kecuali dulu-dulu di rumah Atuk & Nenek 🙂

Ok saja dulu pasal udang..

KHA: Udang semakin berkurang dah sekarang di kampung, harga semakin mahal dan semakin pupus..huhu

16 Mei ialah Hari Guru. Semua pernah ada guru, tak ada guru atau cikgu anda tak akan kemana.. biar anda benci atau suka guru anda, habis zaman sekolah anda pasti teringat balik jasa guru anda.

Selamat Hari Guru buat semua guru yang pernah mengajar saya di SK Sabena,SMKBB,KML, serta pensyarah di UniMAP..

gto

*GTO: Cerita kisah guru yang best!!

Kalau rajin carilah balik apa post pertama facebook korang..hoho..

1st blood fb

Anniversary Facebook saya ialah 27 Mei 2009..keke