Jilat Ludah Sendiri

Tak akan jilat bekas ludah sendiri. Ironinya dari kisah silam saya. Actually saya betul-betul pernah terima pernyataan ini dari seseorang. Seseorang yang sampai sekarang saya tak tahu apa sebenarnya hati saya mahu.

Disenangkan cerita, setiap manusia akan merasai kesudahan yang bukannya setiap cinta indah itu berakhir dengan pengakhiran yang gembira. Begitulah yang berlaku pada kisah diri saya ini.

Oh! Saya perasan saya selalu sukar menerangkan sesuatu, sebabnya saya susah nak terangkan secara mudah tentang sesuatu perkara.

Kenapa JIWANG sangat ini?

Sebagai manusia saya ada sifat kelembutan,manusia itu termasuklah lelaki, lelaki itu termasuklah saya. Semua manusia, tidak kiralah otot berketul-ketul atau kurus kering maca saya ini, jiwa kelembutan itu ada. Bukannya lelaki lembut ye. Semua layak untuk menJIWANGkan perasaan. Termasuk saya sekarang ini.

Saya pernah “ludah” seseorang. Ludah dengan seteruknya. Alasannya saya buat begitu sebab waktu itu saya inginkan perhatian. Kesannya 100% sangat buruk iaitu terus dihiraukan. Padan muka saya..

Masih Keliru, Aku Keliru, Aku Tak Tahu Kenapa Dengan Hati Saya Ini.

Bertahun sudah, ya memang bertahun sudah. Bukannya masih berbulan, berminggu atau berjam. Apa yang berlaku ialah hati ini masih berharap. Berharap pada sesuatu yang mustahil. Itulah yang saya kata, tak ada yang nak Jilat Ludah Sendiri! 

Sejujurnya saya cintakan pada seseorang pada tahap inginkan dia jadi isteri pada 3 tahun lepas. Perkara itulah yang membunuh saya, too much you give, too much you will receive.

Jika Saya Ada Kebolehan Time Travel

Orang kata, tak perlu bawa masa silam ke masa depan. Lupakan apa yang dibelakang anda. Dapatkan perkara baru yang menarik di jalan hadapan.

Namun begitu jika saya boleh melakukan Time Travel, saya ingin kembali ke tahun 2010. Kembali ke tahun itu sebab, banyak perkara yang saya nak betulkan.

Masa Sekarang,Masa Depan

Tiada apa yang lebih saya harapkan iaitu, semoga masa dapat ubat kelukaan di masa silam. Masa sekarang, masa depan menjadi misteri, menjadi pentas kehidupan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *