Inilah dia pengangkutan utama sejak aku kecil sampai sekarang. Menghubungkan kampungku dengan bandar. Menjadi kenderaan pencarian sumber rezeki. Menjadi keunikan, pengalaman buat yang pertama kali menggunakan.

Tanpa tayar,brejalankan permukaan air. Enjinya yang boleh dipindah,diangkat dan disimpan dimana sahaja selamat. Sayangnya,belum mampu aku sendiri mengankatnya. Sebab didikan aku dari kecil, belajar tak perlu lagi buat semua itu. Belajar sampai tak perlu lagi,angkat-angkat enjin untuk mencari sumber rezeki.

Inilah kenderaan keluargaku. Tiada  kereta secantik apa jua model pilihan orang bandar. Orang kampung, beli kereta buat apa. Jalan raya belum dibina. Janji manis kerajaan hanya semakin manis bila pilihan raya. Beri itu beri ini, hasilnya, pilihan raya seterusnya baru akan ada.

Masih ku ingat, konvoi raya ialah waktu paling best. Semua sanak saudara, penduduk kampung beramai-ramai naik ‘kereta’ untuk ke bandar membeli belah. Hanya waktu itu sahaja akan beramai-ramai,bersama-sama naik perahu berenjin sangkut.

Balik kampung,balik dari kampung semuanya guna ‘kereta’ ini. Dulu tiada bumbung, mujurlah kini ada sudah yang jenis berbumbung yang mampu dibeli. Kuasa 40 kuda menjadi pilihan utama untuk penumpang ramai, 15 kuda untuk sedikit bilangan.

Kereta Air

* Ayah,Adik Kiteq,Adik Tikot,Adik Cham,Adik Azhar..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *