Jika Suka Seseorang

Jika suka seseorang, katakan padanya suka itu,

Rasa itu dari hati manusia,

Mencari kata hati,

Mengikut kata jiwa,

Jika suka seseorang, katakan pada dirinya,

Aku suka dirimu,

Hanya mengharap tiada makna,

Jika suka sesorang,

Katakan terus padanya,

Tiada rasa kecewa,

Hakikat benar diketahui,

Katakan jika kau suka seseorang,

Semoga temu akhirnya,

Jiwa satukan akhirnya.

Jika suka seseorang
Jika suka seseorang

Mimpi Yang Aneh

Mimpi..aku mimpi akan sesuatu yang aku rasa mustahil. Memang dalam mimpi itu mustahil pun. Tapi jarang, ya jarang sekali berlaku mimpi yang aneh ini. Muncul dan hadir beberapa kali dalam mimpi indah. Aneh dan indah, itu definisinya mimpi itu.

Angan dan mimpi dua perkara berbeza. Angan boleh dikawal apa mahunya, mimpi berlaku dengan sendirinya. Angan inginkan itu, mimpi aneh itu munculnya. Aneh, sekali lagi aneh, muncul dimimpi. Angan kaitannya mimpi itu, angan yang mustahil, tapi hati mahu itu.

Aneh, kerana hanya sekali, bersuamuka mu, lain itu semuanya berbeza. Buatku senyum kalau itu terjadi. Aneh, mimpi yang aneh.

Mimpi Aneh
Mimpi yang aneh

Nostalgia Pada Kad..

Zaman sekarang orang tak main lagi dah kad-kad. Semua beralih ke SMS atau Facebook. Time cuti hari tu, selongkar balik kad-kad lama dari almari aku. Ada lagilah kad-kad yang tersimpan. Mostly, kad-kad diterima waktu zaman sekolah..hoho..paling last kad diterima zaman pada zaman Matrix.

Kad lama-lama

Kad-kad semua ni buat aku teringat pada orang yang beri kad. Bukan teringat apa, sebab aku tak pernah bagi kad balik..hoho..jahat2..

Btw, saya memang suka simpan benda jadi kenangan..

Perlu kah Ada Si Dia Dalam Hidup Untuk Berjaya?

Semakin hari masa berlalu meningggalkan kita,tengok sahaja hari ini 1 November 2009 dah,langsung tak berasa kecepatan masa itu pergi meninggalkan kita.Baiklah apa yang aku nak tulis ini merupakan persoalan dan menjadi satu impak serta kesan mendalam dalam hidup aku.Sejak dahulu lagi persoalan ini muncil dalam hidup ini..adakah kehadiran si dia aka kekasih aka gerek aka tercinta aka tersayang dalam hidup akan jadi pemangkin untuk kejayaan..??