Seindah Cerita

Andai hidup ini seindah cerita lakonan di layar perak, pastiku pastikan pengakhirannya ialah kegembiraan. Andai kekasih impianku seindah heroin cerita akan pastikan segalanya tiada konflik di pertengahan.

Mood menulis hati-ke hati pula. Beginilah hidupku, masih berangan hidup ini seindah cerita dongeng. Masih berfantasi ke alam impian. Mungkin untuk mengisi hati yang kekosongan ini.

Sering kita bayangkan hidup ini seindah cerita. Sering kita inginkan cerita itu kitalah hero utamanya. Inginkan hero setiasa berjaya bersama denga heroin melangkah ke babak terakhir cerita indah.

Biarlah itu menjadi rasa indah yangku miliki, seindah cerita. Biar aku mampu menyatakan perasaanku selama ini sebagaimana indahnya cerita. Cintaku mungkin pasti akan sampai mati, pengakhirannya cerita indah.

Masa Depan

Masa depan aku masih lagi samar-samar. Aku sendiri pun tak pasti apa yang aku nak. Aku tak pasti apa kemahuan aku di masa depan aku. Jelas, tiada tujuan dan arah tuju.

Setahun dah aku begini. Yup, macam layang-layang putus tali. Dibawa angin ke arah mana sahaj perginya tiupan itu.

Cari kerja pun masih lagi tak ada rezeki. Mungkin takdir aku bukan untuk menjadi jurutera. Mungkin aku ditakdirkan untuk menjadi yang lain. Namun begitu apa yang jelas, masih lagi kabur-kabur masa depan aku.

Di masa aku menulis ini, aku masih lagi berhempas pulas mencari rezeki di dunia internet. Masih lagi mencuba-cuba pelbagai cara. Dan masih juga belum berjaya dengan jayanya. Masih lagi mencuba mencari sumber pendapatan yang stabil untuk satu jangka panjang.

Tak lama lagi raya. Masa depan yang sekejap sahaja…

Yang Terbaik

Aku bukanlah yang terbaik untukmu.

Aku tahu itu dan relaku undur diri darimu.

Relaku bagimu bencikan aku, relaku biarkan egoku membencimu.

Tiada penyesalan bagiku melihat kesempurnaannya denganmu.

Yang terbaik untukmu.

Masa lalu sudah berikan yang terbaik kini aku tinggalkan semua itu.

Biarkan ianya dibawa, arus masa , hanyutkan aku, tenggelamkan aku.

Senyumku, sedar aku bukan terbaik untukmu.

Senyumku, sedar yang terbaik sudahmu temu.

Senyumku, kebahagiaan yang terbaik hadir kepadamu.

 

 

Semangat & Motivasi

Semangat dan motivasi, itulah yang aku perlukan dalam hidup ini. Tanpa motivasi hidupku bagaikan terbang tanpa sayap, melayang layang dibawa arus dan tiupan angin.

Orang kata hidup ini perjalanan. Semangat itu pembakar untuk bergerak ke depan. Kebergantungan aku dengan semangat dan motivasi dalam hidup sangat tinggi.

Carikan aku semangat & motivasi atau aku hidup bagaikan tiada tujuan.