Experiment Booster Berjaya

Akhirnya dapat juga online dari rumah sendiri. Semua ini hasil pelaburan membeli system 3G Booster. Perlaburan yang berbaloi walaupun ada masa connection tetap slow pada waktu siang. Nampaknya pada waktu malam, connection Internet lebih stabil dan laju. Berikut ialah hasil SpeedTest terbaik internet aku.

Internet di Kampung Sabena

Lepas ni nak beli meja untuk bekerja. Go go kena semangat!

Panas VS Sejuk

Kampung halaman, apabila waktu pagi, sangat sejuk, tak perlu nak guna aircond dah. Memang waktu pagi akan terlampau sejuk.

Apabila waktu siang, akan terlampau panas. Panas sampaikan kipas tak ada rasa apa-apa dah.

Dulu waktu kecil-kecil, waktu tengah panas-panas cam ni akan terus je terjun sungai mandi ‘pabuh’. Rumah tepi sungai Rejang ja, memang bestlah boleh mandi manda bila-bila masa nak.

Kampung Sabena

Waktu kecil dulu, suka mandi sampai kena marah orang tua baru balik. Best!Antara game waktu mandi yang selalu dimain ialah main kejar-kejar, lumba renang , dan perang.

Game perang paling extream, lawan baling-baling tanah sungai. Kalau kena mata tu menangis lah..haha

*Tetiba hujan turun ketika menaip entri ini. Hilang kepanasan!

Saya Ingatkan “Toad” Katak LOL

First semester at university, I have problem with some basic term in engineering. This is because I’m from “Sains Hayat” at matriculation program.

Sains Hayat student learn biology subject and this give me big problem when start my study as engineering student at university. I am the last student batch that take SPM in Bahasa Melayu for Mathematic, Physics,Biology and Chemistry. So memang bercelarulah term-term penting engineering. So, I have so many problem with engineering term. Lucu bila ingat balik 😀

Here is the story:

From semester start to study weeks, I always think “torque” is “toad” aka katak. That time I have foreign lecturer yang ajar, so memang satu apa pun saya tak faham.

Saya tak pernah dengar perkataan TORQUE sebelum ini, so otak saya sentiasa ke arah perkataan “TOAD”. Yup, bunyi hampir sama. Entah apalah saya ingat time tu. Sampai study week baru saya faham, apaitu torque. LOL

Saya Ingatkan "Toad" Katak LOL
Saya Ingatkan “Toad” Katak LOL

Bertambah Koleksi Awek Saya – Tahun 2013

Seminggu dah memasuki tahun baru iaitu tahun 2013. For me, tahun 2013 masih lagi gelap kerana aku masih sama seperti tahun sebelumnya iaitu tahun 2012. Entri kali ni nak tulis tentang heaphones yang aku baru beli iaitu Razer Electra. Bertambahlah koleksi ‘awek’ aku..haha  Gambar seterusnya ialah contoh model menggayakan headphones ini. razer electra

Razer memang sinonim dengan para gamer..ok, pasal headphone, I can give 7/10. Apa yang perlu anda tahu ialah Razer Electra bukan gaming headset, tetapi lebih kepada music. Tetapi main game tetap Ohsem dengan sistem audio 2.1. Boleh terasa gegaran headphones ini, masuk ke dalam kepala. Earcup cukup besar dan selesa (walaupun pakai lama).

Aku beli yang versi hitam. Yang versi hijau diatas just iklan ja.haha

Razer Electra Black

Journey To Sarawak Habis Belajar

Lama dah saya tak tulis dan update diari blog aku ni. FYI sekarang ini saya ialah penganggur tetap yang tengah tanam anggur di dunia perniagaan internet. Tak taulah jadi ke tak nannti. Sebab hati malas nak keja ‘engineeer’. Berikut ialah beberapa gambar semasa perjalanan pulang ke Sarawak selepas habis belajar di UniMAP.

IMG_7323

Gambar atas ialah barang-barang yang aku bawa semasa balik. FYI barang dalam kotak itu ialah komputer aku yang amat disayangi (sebab beli mahal). Nasib baiklah ada kawan iaitu Helmy hantar aku ke Airport Kedah. Kalau tak menangis aku nak bawa naik bas ke KL.

IMG_7324

Gambar atas ialah salah satu panorama biasa di LCCT.  Perlepasan ialah tempat anda nak cek-in barang-barang dan semua yang berkaitan. Pastikan perlepasan domestik. Jangan silap masuk ke International pula (Pernah terjadi ke diri sendiri, huahuahua)

IMG_7326

Tempat makan paling diminati di LCCT. Just kali ini malas nak makan McD. Sebab malas nak bawa barang yang banyak tu masuk dalam McD. Kalau ada member tolong jaga dan ‘cop’ tempat tak apa la.

IMG_7330

Dah naik ‘belon’ atau bahasa rasminya dalama bahasa Melayu ‘Kapal Terbang’. Aku duduk tepi tingkap dan kerusi paling belakang sekali. Bolehla curi-curi ambil gambar.

IMG_7336

High angle shoot. Betul-betul high! hehe. Nampak tak macam ular tu. Itulah Sungai Rajang, sungai terpanjang di Sarawak.

IMG_7339

Bandar Sibu dari atas. Terletak tepi sungai.

IMG_7342

Sampai dah Sibu. Sementara tunggu saudara-mara datang jemput minum dulu air 100plus. Hilangkan dahaga. Then jalan-jalan bandar Sibu sebelum balik rumah. Tamat