Ada Apa Dengan 2013

Hoho tak sangka bakal berakhirnya tahun 2013. Sungguh cepat perginya tahun 2013 ini. Sempena bakal habisnya tahun 2013, let see what I have done and important event sepanjang tahun.

The Interview

Saya telah pergi beberapa interview sebelum dapat kerja yang ada sekarang ini. Untuk pertama kalinya interview, saya dapat serentak pada 26 dan 27 Mac 2013. Saya ingat lagi tarikh sebab berlaku pada hari jadi saya.

 

XFAB

Interview pertama saya ialah di XFAB sebagai Instrument Engineer. Itu ialah peluang terbaik saya, kerjaya yang baik, tapi….. tiada nasib di situ.

 

Taiyo-Yuden-Logo

The next day, saya pergi pula interview di Taiyo Yuden sebagai Assistant Engineer. Saya ada kawan di sana yang sudah kerja lebih awal. Taiyo Yuden seem to be a good choice since ada kawan sama Matrikulasi kerja di sana. Guest what… tiada nasib di situ.

 

Tractors Petroleum Services

Then sebelum Ramadhan 2013, iaitu beberapa hari sebelum puasa (ingat lagi), sekali lagi saya pergi interview. Kali ini saya interview sebagai Service Engineer di Tractors Petroleum Services, anak syarikat  Sime Darby. Peluang kerjaya yang baik, dalam Oil & Gas tu.  Tetapi once again, I cant made it. 

Then lepas Raya 2013, I got a call untuk interview di Sabah. Sebab jauh dan tak sempat nak beli tiket belon, saya tak jadi pergi.

 

Abex Medical

Then I dapat satu lagi Interview di Kuching, sebagai Service Engineer di Abex Medical. Yeah, bakal kerja service medical equipment. Macam biasa, saya ni gagal lagi.

 

samling_logo

Then the last one, I go for interview sebagi Trainee Mill Engineer untuk company Samling Plantation Sdn Bhd. Untuk interview kali ini saya antara nak atau tak sahaja akan dapat atau tak.  Finally, I can made it.

Some Tips

Waktu interview, I always mention about my online business. Tetapi waktu last interview, I never mention it. So conclusionya, waktu interview jangan beitahu anda buat bisnes.

The Internet

Sepanjang tahun, penuh di wall FB saya komplen pasal internet. Memang patut juga sebab, mana-mana saya pergi akan susah mau dapat akses internet. Selepas, kembali semula ke rumah sendiri pada bulan 4, saya mencari jalan untuk dapatkan connection internet yang bagus.

3g booster

Penyelesaian yang saya buat ialah membeli 3G Booster. Walaupun terpaksa keluarkan belanja RM1K+ untuk system itu, akhirnya dapat juga digunakan. Namun begitu, connection still not stable. Sometime is okay, sometime is not. So come another problem. Saya kena stay depan laptop, sebab connection randomly akan okay.. bila okay bolehlah buat kerja, download movie etc.

The Business

Bisnes internet ialah modul bisnes pilihan saya. Selepas habis belajar di universiti, saya telah azamkan diri untuk menjadi ‘Full Time Internet Marketer”.

Namun begitu, impian hanya tinggal impian. Apa yang dihajatkan tidak akan semudah itu. Pelbagai cabaran terutamanya desakan keluarga serta masalah internet merencatkan perjalanan bisnes internet saya.

Namun begitu 2013 memang penuh dengan percubaan bisnes internet saya. Pada tahun 2013, saya lebih fokus kepada SEO dan blog. Namun begitu, bisnes di eBay tetap berjalan seperti biasa.

Blog, website, seo, hosting, domain bagaikan dah sebati dengan minda saya. 2013 saya banyak habiskan masa belajar ilmu SEO dari forum-forum luar negara. Kemudian saya cuba sendiri, terutamanya tool-tool SEO. Malah saya sanggup habiskan ratusan US Dollar untuk untuk ‘Experiment’ sahaja.

Bagi saya, dalam bisnes internet, boleh dianggap agak ‘gila’ dalam mengeluarkan modal. Mungkin tiada bebanan kewangan lain menyebabkan saya berani keluar modal. Malah modal mencapai nilai ribuan ringgit!

Tiada apa yang boleh menghalang minat saya dalam dunia bisnes internet. Hanya ketiadaan koneksi internet yang bagus sahaja menjadi penghalang utama.  

The Girl

Masih single. Yup. Belum ada lagi yang dapat fill in dalam hati saya. 2013 saya tak kenal ramai orang baru, just rakan-rakan dari FB serta kawan-kawan dari zaman universiti, matrikulasi, sekolah.

Melihat ramai kawan-kawan yang sudah mendirikan rumah tangga buat diri terfikir, bila turn aku pula. Belum ada jodoh kot.

Mungkin saya ada hati dengan seseorang, tapi setelah menilai dari aspek lokasi, agama, budaya, bahasa, dan lain-lain. Lupakan sajalah hasrat. Let it be a dream je lah..

Kerja Sekarang

Kerja aku sekarang ialah sebagai Trainee Mill Engineer bersatus Mill Executive. Bila dapat level Executive itu, terasa besar sangat tugas. Anyway, kena laksanakan jugalah tugas.

Ada perkataan Trainee di depan kerja saya sekarang sebab saya masih lagi kena belajar banyak benda tentang pengurusan serta operasi Palm Oil Mill.

Secara ringkasnya Mill Engineer akan terlibat secara keseleruhan operasi Palm Oil Mill(POM), termasuk operasi, maintenance, administration dan management. Senang cerita dari segi operasi POM saya kena belajar balik dari Zero.

WishList 2014

Ini ialah WishList saya, harap-harap tercapai lah..hehe:

Triton VGT GS

Selamat Tahun Baru 2014!

2 thoughts on “Ada Apa Dengan 2013”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *