Seindah Cerita

Andai hidup ini seindah cerita lakonan di layar perak, pastiku pastikan pengakhirannya ialah kegembiraan. Andai kekasih impianku seindah heroin cerita akan pastikan segalanya tiada konflik di pertengahan.

Mood menulis hati-ke hati pula. Beginilah hidupku, masih berangan hidup ini seindah cerita dongeng. Masih berfantasi ke alam impian. Mungkin untuk mengisi hati yang kekosongan ini.

Sering kita bayangkan hidup ini seindah cerita. Sering kita inginkan cerita itu kitalah hero utamanya. Inginkan hero setiasa berjaya bersama denga heroin melangkah ke babak terakhir cerita indah.

Biarlah itu menjadi rasa indah yangku miliki, seindah cerita. Biar aku mampu menyatakan perasaanku selama ini sebagaimana indahnya cerita. Cintaku mungkin pasti akan sampai mati, pengakhirannya cerita indah.

Andai Dia Tahu

Andai dia tahu bertapanya seksa hati ini setelah perginya dia dari hidup ini. Andai dia tahu bagaimana sedihnya persaan ini bila hilangnya dari perjalanan kehidupan ini.

Masa berlalu, cepat, hampir terlupa segalanya ialah tiga tahun yang dahulu. Kata-kata manusia, masa boleh sembuhkan luka. Akan tetapi luka yang sembuh itu masih tinggal parutnya.

Kalau hati ini boleh berkata sendirinya, pasti jawapannya berbeza dari mulut. Aku tak tahu, kenapa hati ini yang masih tinggalkan perasaan untuk Dia.

Bila diimbas kembali sejarah, perginya dia atas sebab diri sendiri. Cemburu buta menjadi kelamahan utama diriku ini. Cemburuku ini tidak senormal cemburu yang biasa. Sebabnya, aku sendiri sahaja tahu. Sebabnya, dia sendiri mungkin tahu.

Lelaki mungking fikir, bebas dan happy selepas berpisah. Hakikatnya sebaliknya. Tidak pernah rasa bebas atau gembira dengan keputusan yang dibuat itu. Keputusan memutuskan hubungan.

Disaat menulis ini, perasaan sedih, menyesal masih lagi muncul tikala teringat. Teringat akan Dia. Itupun andai Dia tahu perasaan ini.

Andai dia tahu, aku masih menanti dia. Bermula semula segalanya dari zero. Mulakan semulanya dengan niat yang betul. Mulakan semulanya dengan perasaan yang sebenar.

Andai dia tahu juga, jika tiada lagi jalan balik, aku mahukan bercakap secara lisan dengan dia. True word and true meaning, bukannya hanya dari perkataan dan tulisan. Dia tahu maknanya, sebab 3 tahun tidak pernah bercakap dengan dia. Aku mahukan perpisahan yang sempurna, jika penantian telah menjadi yang mustahil.