31 Julai 2013

Hari terakhir bulan Julai 2013. Hari ini aku rasa satu perasaan yang aku rasa kekecewaan. Satu perasaan dimana aku rasa nak biarkan semua sahaja berlalu pergi. Satu perasaan dimana semua apa yang dibuat semuanya sia-sia.

Aku tak tahu apa yang aku nak dalam hidup ini. Aku tak pasti mana arah tujuan hidup aku. Masih gelap lagi arah perjalanan aku. Masih tercari-cari lagi mana haluan yang betul.

Kecewa. Mungking itulah yang berlaku. Kecewa dengan nasib diri sendiri. Setiap hari aku asyik bertanya kepada diri sendiri “Why hidup aku macam ini” Why! Why!

Aku dah hampir tak mampu nak hadapi semua ini. Lemah betul dah semangat dan daya juang aku. Mungkin apabila limit penghujung dah tercapai segalanya akan meletus. Satu kemusnahan yang teruk dalam diri.

Masa Depan

Masa depan aku masih lagi samar-samar. Aku sendiri pun tak pasti apa yang aku nak. Aku tak pasti apa kemahuan aku di masa depan aku. Jelas, tiada tujuan dan arah tuju.

Setahun dah aku begini. Yup, macam layang-layang putus tali. Dibawa angin ke arah mana sahaj perginya tiupan itu.

Cari kerja pun masih lagi tak ada rezeki. Mungkin takdir aku bukan untuk menjadi jurutera. Mungkin aku ditakdirkan untuk menjadi yang lain. Namun begitu apa yang jelas, masih lagi kabur-kabur masa depan aku.

Di masa aku menulis ini, aku masih lagi berhempas pulas mencari rezeki di dunia internet. Masih lagi mencuba-cuba pelbagai cara. Dan masih juga belum berjaya dengan jayanya. Masih lagi mencuba mencari sumber pendapatan yang stabil untuk satu jangka panjang.

Tak lama lagi raya. Masa depan yang sekejap sahaja…

Yang Terbaik

Aku bukanlah yang terbaik untukmu.

Aku tahu itu dan relaku undur diri darimu.

Relaku bagimu bencikan aku, relaku biarkan egoku membencimu.

Tiada penyesalan bagiku melihat kesempurnaannya denganmu.

Yang terbaik untukmu.

Masa lalu sudah berikan yang terbaik kini aku tinggalkan semua itu.

Biarkan ianya dibawa, arus masa , hanyutkan aku, tenggelamkan aku.

Senyumku, sedar aku bukan terbaik untukmu.

Senyumku, sedar yang terbaik sudahmu temu.

Senyumku, kebahagiaan yang terbaik hadir kepadamu.