Akhirnya Hujan Turun

Hujan akhirnya turun juga di Kampung Sabena, mengakhiri kemelut ketiadaan air. Penduduk di sini masih lagi menggunakan air hujan sebagai sumber air utama. Masih belum ada bekalan air paip.

Jadi kali ini, ayah ada plan menambhkan lagi keluasan rumah dan menambah beberapa lagi tempat untuk tangki air. Jadi jika kemarau ketiadaan hujan di masa depan, bekalan air cukup masa yang lebih panjang.

Aku terfikir nak design satu alat yang boleh tukar air sungai Rejang yang berwarna coklet Milo itu ke air putih bersih. Kalau boleh design, senang orang kampung nak cari air bersih.

Segalanya bergantung dengan kelajuan Internet

Aku buat kerja kerja bisnes online aku semuanya bergantung dengan kelajuan internet. Kalau internet slow macam siput, seriously membuatkan aku terus jilang mood nak buat kerja. Tapi setiap masa aku tetap membuat persoalan.. apakah punca kelajuan internet tak konsistem untuk internet mobile. Nak kata signal, aku dah ‘boost’ sampai full bar dah.. harap-haraplah Internet semakin hari semakin baik.. senang hati nak mencari rezeki online…

Semangat & Motivasi

Semangat dan motivasi, itulah yang aku perlukan dalam hidup ini. Tanpa motivasi hidupku bagaikan terbang tanpa sayap, melayang layang dibawa arus dan tiupan angin.

Orang kata hidup ini perjalanan. Semangat itu pembakar untuk bergerak ke depan. Kebergantungan aku dengan semangat dan motivasi dalam hidup sangat tinggi.

Carikan aku semangat & motivasi atau aku hidup bagaikan tiada tujuan.

Hosting Murah, Service Kualiti Murah

Aku tension dengan hosting yang aku guna semenjak 3-4 tahun lepas. Yelah, kualiti servis semakin buruk. Sebelum ini okay sikit.. Nasib baik aku dah purchase hosting dari HostGator. So far, HostGator okay ja.

Now aku masih lagi dalam process memindahkan semua website dari hosting lama ke hosting baru iaitu HostGator. Nasib baik aku guna VPS untuk download/upload fail ke server. Laju tu..

Speedtest VPS.- 67Mbps download!
Speedtest VPS.- 67Mbps download!