Panas VS Sejuk

Kampung halaman, apabila waktu pagi, sangat sejuk, tak perlu nak guna aircond dah. Memang waktu pagi akan terlampau sejuk.

Apabila waktu siang, akan terlampau panas. Panas sampaikan kipas tak ada rasa apa-apa dah.

Dulu waktu kecil-kecil, waktu tengah panas-panas cam ni akan terus je terjun sungai mandi ‘pabuh’. Rumah tepi sungai Rejang ja, memang bestlah boleh mandi manda bila-bila masa nak.

Kampung Sabena

Waktu kecil dulu, suka mandi sampai kena marah orang tua baru balik. Best!Antara game waktu mandi yang selalu dimain ialah main kejar-kejar, lumba renang , dan perang.

Game perang paling extream, lawan baling-baling tanah sungai. Kalau kena mata tu menangis lah..haha

*Tetiba hujan turun ketika menaip entri ini. Hilang kepanasan!

Balik Kampung, Balik Sarikei

Sepanjang ‘cuti panjang’ aku yang masih lagi available ini, aku sentiasa berada di dua tempat iaitu di Kampung Sabena dan di bandar Sarikei.

Kampung ialah rumah aku sendiri. Secara keseluruhannya, aku lebih suka berada di rumah sendiri.

Namun begitu, disebabkan masalah coverage masih lagi di tahap EDGE untuk telco Celcom, menyukarkan sedikit saya untuk online dan membuat urusan bisnes online. Jadi pilihan terbaik ialah stay di Sarikei.

Wujudnya line 3G di kampung akan jadi kegembiraan untuk saya. Kalau tak macam-macamlah teknik saya gunakan untuk mendapatkan coverage yang baik.

Macam-macamlah idea ‘booster’ signal dibuat oleh saya. Tiada satu pun yang terbukti berjaya, namun begitu sedikit sebanyak improve signal ( biarpun sedikit).

Piring Buatan Sendiri..haha

Bangun Dari Mimpi

Sudah-sudahlah. Bangun dari dunia mimpi dalam diri sendiri. Kena mula sedar dan realistik dengan matlamat diri sendiri, masa depan diri sendiri dan nasib diri sendiri.

Banyak perkara hanya mampu diimpikan dan kini masih lagi dalam mimpi. Sedarkan dari mimpi ini. Semangat dan motivasi diri untuk bangun dari mimpi, bangun dari mimpi yang berulang-ulang dibezakan rangkaian masa.

Kuatkan semangat diri untuk bangun dari mimpi. Realistik terhadap diri, realistik terhadap matlamat diri, realisik terhadap kemampuan diri. Doakan aku bangun dari mimpi yang tiada penghujung berulang-ulang.

Saya di Rumah Sendiri

Hampir seminggu berada di rumah sendiri. Rumahku syurgaku. Namun begitu, apabila berada di rumah sendiri saya akan mempunyai masalah untuk akses internet. Saya hanya boleh dapat internet dengan kelajuan sekitar 20-60kbps dengan menggunakan rangkaian EDGE dari Celcom.

Penat nak tunggu provider telekomunikasi upgrade servis ke rangkaian 3G. Sudah tentu menjadi kegembiraan ultimate bagi saya jika kawasan rumah sendiri sudah ada rangkaian 3G. Buat bisnes online dari bilik sendiri! Oh! bestnya..