Journey To Sarawak Habis Belajar

Lama dah saya tak tulis dan update diari blog aku ni. FYI sekarang ini saya ialah penganggur tetap yang tengah tanam anggur di dunia perniagaan internet. Tak taulah jadi ke tak nannti. Sebab hati malas nak keja ‘engineeer’. Berikut ialah beberapa gambar semasa perjalanan pulang ke Sarawak selepas habis belajar di UniMAP.

IMG_7323

Gambar atas ialah barang-barang yang aku bawa semasa balik. FYI barang dalam kotak itu ialah komputer aku yang amat disayangi (sebab beli mahal). Nasib baiklah ada kawan iaitu Helmy hantar aku ke Airport Kedah. Kalau tak menangis aku nak bawa naik bas ke KL.

IMG_7324

Gambar atas ialah salah satu panorama biasa di LCCT.  Perlepasan ialah tempat anda nak cek-in barang-barang dan semua yang berkaitan. Pastikan perlepasan domestik. Jangan silap masuk ke International pula (Pernah terjadi ke diri sendiri, huahuahua)

IMG_7326

Tempat makan paling diminati di LCCT. Just kali ini malas nak makan McD. Sebab malas nak bawa barang yang banyak tu masuk dalam McD. Kalau ada member tolong jaga dan ‘cop’ tempat tak apa la.

IMG_7330

Dah naik ‘belon’ atau bahasa rasminya dalama bahasa Melayu ‘Kapal Terbang’. Aku duduk tepi tingkap dan kerusi paling belakang sekali. Bolehla curi-curi ambil gambar.

IMG_7336

High angle shoot. Betul-betul high! hehe. Nampak tak macam ular tu. Itulah Sungai Rajang, sungai terpanjang di Sarawak.

IMG_7339

Bandar Sibu dari atas. Terletak tepi sungai.

IMG_7342

Sampai dah Sibu. Sementara tunggu saudara-mara datang jemput minum dulu air 100plus. Hilangkan dahaga. Then jalan-jalan bandar Sibu sebelum balik rumah. Tamat