So You Are Medical Doctor?

Terbang di awan!

Hi..long time not write here. Petua nak start menulis balik senang ja. Tulis ja apa-apa pun. Well sekarang baru start sem terakhir aku di UniMAP. Tak lama lagi nak habis belajar tapi aku rasa tak ready lagi nak kerja sebagai engineer.huhu.

Entri yang aku nak tulis kali ini ialah tentang sedikit pengalaman aku sewaktu nak balik UniMAP, beberapa hari lepas. Pengalaman tunggu 7 jam di LCCT dan berbual dengan orang asing warga Uzbekistan. Here is simple story about that experience.

Selalu dan mindset penduduk negara ini mengatakan bahawa kalau tak reti, tak fasih berbahasa English dilihat sebagai ‘kurang pandai’. Pelik kan mindset camtu?

Perbualan dengan 2 orang warga negara Uzbekistan bermula apabila meraka menanyakan waktu/jam pada saya. Setiap setengah jam mereka asyik tanya waktu kepada saya dan kelihatan resah dan berulang kali telefon menggunakan public phone yang ada di situ ( di hadapan kerusi tempat saya duduk).

Akhirnya setelah beberapa lama, 2 orang warga negara Uzbekistan mula berani bertanya sesuatu kepada saya. Aku yang tengah bosan menunggu layan sahajalah pertanyaan mereka. Seriously , aku payah nak faham apa yang mereka cakap. Terpaksa bercakap menggunakan bahasa english yang mudah. At last aku boleh gak faham kenapa meraka kelihatan resah.

Mereka perlukan VISA untuk meneruskan perjalanan mereka yang setarusnya iaitu ke Myanmar. Jadi meraka tanya jika aku boleh tolong meraka untuk dapatkan VISA. Sekurang-kurangnya bantu dapatkan ,hubungi kedutaan Myanmar. Dengan pertanyaan sebegitu, of course lah saya tak tahu. Perbualan semakin rancak, aku mula bertanya tentang kenapa datang Malaysia kenapa nak pergi Myanmar. Rupa-rupanya meraka berdua tengah dalam perjalanan untuk Misi Kemanusian yang dinamakan sebagai Operation Smile   di Myanmar.

OMG! Rupa-rupanya aku tengah berbual dengan doctor perubatan. Fikiran aku terus penuh persoalan, jika betul mereka doctor kenapa meraka tak boleh bercakap BI dengan baik. Semacam tahu persoalan dalam otak aku. Mereka pun ceritalah bahawa mereka belajar medikal dalam bahasa Russia. Jadi meraka kena belajar balik English, siapa bawa kamus tue. Kalau orang Malaysia sorry lah nak buat camtu..

Akhir sekali aku tolong jadi jurubahasa dan telefon organizer untuk  Operation Smile. Dengan percakapan BI yang agak KO, aku pun terangkan keadaan dua doctor yang terkandas di LCCT dan perlukan VISA kepada  si organizer Operation Smile. Organizer itu pun terangkan bahawa dia akan hantar email untuk selesaikan masalah VISA dan langkah yang kena ambil seterusnya.

Masa untuk Check-In flight aku ke Alor Star dah pada waktunya. Dua orang doctor itu semacam masih lagi perlukan bantuan. Tapi aku kena juga tinggalkan mereka. Dalam hati aku kata, semoga berjaya mereka berdua setel masalah VISA dan sertai Operation Smile. Feel happy because boleh tolong orang..

Itu sahajalah ceritanya- that night terus sampai UniMAP dan start the last semester at UniMAp.

ps: Aku dulu dapat tawaran ke bidang medical tapi aku tolak.