Bank Syiling Aku

Aku tak suka bawa syiling dalam bag duit aku. Jadi semua duit syiling akan masuk simpanan tabung syiling aku. Biasanya aku kan simpan dan lupa duit syiling yang dah dimasukkan dalam bank tabung. Kadang-kadang digunakan untuk topup mesin basuh baju je tiap minggu.

Tapi hari ini saja ja nak kira berapa dalam bank syiling aku. Tak de keja lain nak buat dh..

Duit ditaburkan terlebih dahulu

susun dan kira

susun dan kira lagi

Total hasil kiraan ialah RM55.40. Tak sangka banyak juga duit terbuang dalam tabung aku ni. Cukup untuk  makan Pizza + Wayang  Berikut ialah rupa tabung aku…

IMG_4476

Cute tak tabung syiling aku. Hahaha~~ Handmade tau. Setakat ini belum terlintas lagi nak beli tabung yg cantik-cantik. Tunggu orang hadiahkan(kalau)..hehe