Tetikus

Hampir setahun guna,akhirnya aku beli gak mouse baru. mouse lama aku dah tahap critical giler. Nak main Dota sure tak lepas. Silap-silap emo satu team sebab aku yang main game guna mouse rosak.

Mouse lama

Ini mouse lama aku, bukan mouse Razer pun. Mouse cikai buatan China ja..

mouse baru

Ini pula mouse yang baru beli. Dari jenama A4tech.Mouse biasa gak. Bukan level gaming mouse pun. Warna putih+LED. Ingatkan kalau ada warna hitam lagi best. Tak lah nampak sangat kotor!

razer-mamba

Ini pula mouse kalau aku dah banyak sangat duit nak bazir,bolehlah beli!  Sebab aku tak nak beli Razer ialah saiz mouse yang tak sesuai dengan saiz tangan aku. Biasalah saiz tangan orang Asia kecil sedikit saiz.

-xNvMx-

Cermin Mata

That right..aku ni manusia yang meggunakan cermin mata. Tetapi aku tak suka guna. Only diperlukan ketika kuliah dan tengok wayang. Bagaimanapun disebabkan cermin mata lama hilang, terpaksalah beli yang baru setelah penat buat pilihan yang banyak!

new spectacle

Aku pilih frame dari Hammer. Aku tak reti bab-bab brand cermin mata. Aku ambil yg elok pada mata & pandangan mata. Warna hitam. Lastly,aku nak kata-aku tak suka guna cermin mata! hehe

Final Fantasy X di PCku

Setelah bertahun-tahun aku mengidam nak main & habiskan Final Fantasy X yang feymes di PS2. Akhirnya dapat juga aku main di PC aku. Ye lah kan sebelum ini memang tak mampu nak beli PS2. Waktu tu kecil-kecil lagi. Bila dah dewasa sedikit, tengok game console dah tak ada minat dah. So hasrat nak main FF terus berkubur camtu ja.

Nasib baik dengan perisian emulator PCSX2 akhirnya dapat juga merasa dan maybe berpeluang habiskan game FF.

final fantasy X

Gaming time..hehe

May The Force Be With You!

Kegilaan untuk habiskan ke enam-enam movie Star war menjadi kegilaan aku minggu ini. Semasa tulis ni aku dah abiskan Staw War Episode IV-VI. This is first time aku tengok StarWar. Layan gak movie ni..hehe

Starwar

Now waktu untuk aku teruskan dari Episode I-III.

Buat yang nak tengok gak movie ni. Boleh download movie ni HD version(720p) guna link di bawah.

 

Credit to : 300Mbunited

Ainan Tasneem, Fiq Mentor & Nubhan AF

Majlis Penutupan Pesta Konvo UniMap,jumpa artis-arts kat bawah ni. Bawa aku nyer DSLR, shoot beberapa gambar. Tapi yang ambil gambar semuanya dilakukan oleh member aku, aku duk jadi penonton sahaja..hehe

Ainan Tasneem

Fiq Mentor

Nubhan AF

Semua member aku cari si Ainan Tasneem ni. Last-last jumpa gak & ambik gambar dengan dia.

With Ainan Tasneem

Mesti ramai yang tak tahu siapa dia ni Ainan Tasneem kan? Dia ni feymes di YouTube..lagi-lagi feymes selepas masuk UniMAP!

Ainan Tasneem!

Sampai sini saja dulu..ada idea update lagi..hehe