Kalau Jumpa,Aku Beli Lens ini..

Aku noob dalam photography, banyak menda aku tak ada lagi untuk DLSR aku.. semua masih default ‘kit’ lagi. Nak explore menda baru lak..So, untuk menambahkan accessories buat pertama kalinya aku plan nak beli Canon EF 50mm f/1.8 II!

50mm_canon_2

Aku pun tak pernah guna sendiri lens ini, tapi aku tahu ini ialah lens yang patut ada bagi setiap photographer. Sebabnya, lens ini ialah antara lens termurah termampu beli buat masa sekarang. Harga dalam RM320++ sahaja. berbanding harga lens lain yang beribu-riban.

Selain itu, f/1.8 menandakan lens ini boleh berikan effect ‘bokeh’ yang mantap!! Sejauh mana kemantapan, saya pun tak pernah cuba sendiri..hoho..

 

50mm_canon_1

 

Nak beli online, takut lak hantar ke alamat rumah sewa LI..harap-harap jumpa la kat mana-mana kedai yang jual kamera..

-by xNvMx

Inilah ‘Kereta’ Kami

Inilah dia pengangkutan utama sejak aku kecil sampai sekarang. Menghubungkan kampungku dengan bandar. Menjadi kenderaan pencarian sumber rezeki. Menjadi keunikan, pengalaman buat yang pertama kali menggunakan.

Tanpa tayar,brejalankan permukaan air. Enjinya yang boleh dipindah,diangkat dan disimpan dimana sahaja selamat. Sayangnya,belum mampu aku sendiri mengankatnya. Sebab didikan aku dari kecil, belajar tak perlu lagi buat semua itu. Belajar sampai tak perlu lagi,angkat-angkat enjin untuk mencari sumber rezeki.

Inilah kenderaan keluargaku. Tiada  kereta secantik apa jua model pilihan orang bandar. Orang kampung, beli kereta buat apa. Jalan raya belum dibina. Janji manis kerajaan hanya semakin manis bila pilihan raya. Beri itu beri ini, hasilnya, pilihan raya seterusnya baru akan ada.

Masih ku ingat, konvoi raya ialah waktu paling best. Semua sanak saudara, penduduk kampung beramai-ramai naik ‘kereta’ untuk ke bandar membeli belah. Hanya waktu itu sahaja akan beramai-ramai,bersama-sama naik perahu berenjin sangkut.

Balik kampung,balik dari kampung semuanya guna ‘kereta’ ini. Dulu tiada bumbung, mujurlah kini ada sudah yang jenis berbumbung yang mampu dibeli. Kuasa 40 kuda menjadi pilihan utama untuk penumpang ramai, 15 kuda untuk sedikit bilangan.

Kereta Air

* Ayah,Adik Kiteq,Adik Tikot,Adik Cham,Adik Azhar..

Udang Oh Udang!

Siapa tak tahu udang itu apa? <—solan stupit!

Ceritanya camni..kalau saya makan di luar,selain rumah sendiri,kalau tengok lauk udang mesti nak makan je.

Tapi tengok jugalah udang tu camne,kalau nampak masih fresh,aku ambil ja buat lauk nasi. Kalau nampak mata,ekor dah hitam aku tau da udang tu dah lama & tak fresh aku memang sory la nak makan..

The fact is, kalau balik RUMAH di Kampung Sabena, kampung halaman aku langsung tak terniat nak makan udang.. sedangkan udang ada ja kat dalam peti ais, sebab kerja famili aku beli udang dari penduduk kampung untuk dijual balik di pasar..lagipun ayahku memang kerja tangkap ikan/udang pun..

Udang Galah

Cerita bab udang ni,udang paling best ialah Udang Galah Sepit Biru..yang bestnya Sepit Biru nya itu..kalau dibakar sedap gila..

Satu lagi yang aku suka ialah Udang Bakar, dibakar menggunakan dapur kayu..bagi aku lagi sedap berbanding dibakar atas api gas..tapi jarang nak tengok dapur kayu lagi zaman sekarang..kecuali dulu-dulu di rumah Atuk & Nenek 🙂

Ok saja dulu pasal udang..

KHA: Udang semakin berkurang dah sekarang di kampung, harga semakin mahal dan semakin pupus..huhu