Exam Semakin Hampir!

Minggu depan..start dari 18 April – 28 April FINAL Exam untuk semester ini. Seperti semester lepas, semester lepas-lepas dan sebelumnya..beberapa perkara akan muncul dan terjadi pada diri aku serta beberapa pelajar lain.

1. DoTa

Wajib ada setiap masa. Bila nak dekat exam sahaja sure full server. Siap boleh 2-3 game run sekali. Awal-awal sem semua hilang. waktu-waktu cam ni la semua start balik!

2. Membaca, komik & blog

Terjadi pada aku. waktu cam ni la aku rajin buka blog orang. Baca blog,kalau blog berintelektual xpa juga. Ni semua blog hiburan & hiburan & hiburan sahaja. Komik pula aku dah gila nak baca komik Hong Kong (komik dulu-dulu time akau kecil-kecil).

3. Movie & tido

Rajin juga aku tengok movie dekat2 exam ni. Biarpun dah tengok beberapa kali..huhu..last sekali tido..baca-baca nota je tido lepas tu…asyik tido ja…

4. Bisnes

Waktu cam ni juga pelbagai idea yang malas dibuat muncuk balik di otak. Bisnes online le…waktu ni la baru bersemangat nak update blog,update listing eBay, nak beli domain & etc…

Oklah..exam kali ni aku harap aku tak fail..lulus pun cukuplah…huhu..